> NAJIB LEBIH BAHAYA JIKA TERUS DIBERI KUASA..Sebarkan - SuaraKami
Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

NAJIB LEBIH BAHAYA JIKA TERUS DIBERI KUASA..Sebarkan

Menjawab soalan tambahan pada hari pertama sidang Parlimen semalam, Najib Razak menyimpulkan cukai GST sebagai penyelamat kepada ekonomi negara.

Sehubungan itu, beliau menolak gesaan yang mencadangkan agar cukai GST 6 peratus dikurangkan kepada 3 peratus.

Tanpa GST, ekonomi negara akan lumpuh, katanya lagi.



Maknanya apa?

Jawapan Najib itu tidak lain bermaksud bahawa GST bukan saja akan terus dikekalkan, malah mungkin akan dinaikkan.

Menurunkan kadar GST saja, bagi Najib, adalah mustahil kerana ia akan melumpuhkan ekonomi negara.

Najib nampaknya tidak melihat faktor pertumbuhan domestik dengan merangsang atau menggalakkan iklim perniagaan sebagai asas utama mengukuhkan kedudukan ekonomi, sebaliknya merasakan hanya melalui GST, sejenis cukai ala pukat harimau untuk mendapatkan sumber kewangan negara.

Penganalisis ekonomi juga tidak menolak kemungkinan cukai GST akan terus mengalami kenaikan berikutan kerajaan seperti tidak mempunyai sumber pendapatan yang lain yang produktif.

Lantaran itu, boleh dibayangkan bahawa bahaya lebih besar sedang menanti rakyat jika UMNO, BN dan Najib terus diberi kuasa mentadbir negara ini selepas PRU 14 nanti.



Najib hanya nampak GST atau wang dalam poket rakyat untuk memperolehi pendapatan, malah mungkin menaikkan kadarnya, sebagai cara mudah mengisi kantung kewangan negara.


NAJIB LEBIH BAHAYA JIKA TERUS DIBERI KUASA..Sebarkan NAJIB LEBIH BAHAYA JIKA TERUS DIBERI KUASA..Sebarkan Reviewed by suarakami on 12:24 Rating: 5

No comments:

suarakami. Powered by Blogger.